Saturday, January 9, 2010

Sweet Lie....

Sabtu 10.20pm 9 Januari 2010....

Dari jauh aku dah nampak kelibat beberapa student kat dalam studio. Fikirku, mungkin diorang tengah buat kerja. Ye lah, hari isnin ni dah kena siap semua dan kena present site analysis. Terbayangkan kerja2 yang diorang kena siapkan tu, aku rasa banyak yang perlu dibuat..."cukupkah masa yang ada?" detik hatiku.

Waktu aku melangkah ke dalam studio, nampak macam ada beberapa jari student je yang ada. Aku menyapa salah sorang dari student aku. Tapi beberapa ketika aku terdiam. Masing2 tersentak sekejap bila melihat kelibat aku datang ke studio...Berada di dalam dunia sekian lama melihat berjuta-juta manusia telah mengajar mata dan hati aku menelah apa yang tersirat di air muka masing2...hehehe....." taraaaaaaaa...korang sedang berlakon eh..!!....hahaha..."

Aku dapat melihat setiap seorang cuba buat muka serius...dan berkerut..ala2 buat kerja...Tapi aku tak kisah sangat la diorang nak surf internet ke apa....as long as aku dapat lihat atas meja korang yang korang in progress buat keja. Itu je yang aku concern buat masa tu. Pernah aku beritau pada salah sorang student aku yang aku akan buat spot check sekali sekala nak tengok kat studio, ada tak student yang datang buat kerja atau pun tak...Kiranya semalam tu memang "kantoi putih" la.... diorang lepak je...Peliknya sebab tinggal lagi sehari je tapi diorang bole macam releks je...AKU KAGUM!...

Aku cuma jalankan tugas dan tanggungjawab aku untuk mendidik bangsa. Takde niat lain yang menyimpang. Aku datang sebab just nak follow up apa yang diorang dah progress sejak jumaat lepas. Itu pun sebagai menjalankan routine dan memang style aku datang conduct extra tutorial session....SEMUANYA sebab nak pastikan diorang on the right track.

Setelah beberapa minit aku duduk di hadapan diorang dan buat buat kononnya aku sedang ber sms....aku pun angkat kaki....sebab takde sesapa pun yang macam nak bertanya apa apa tentang kerja. Aku berlegar2 di kaki lima sambil mengintai studio2 lain. Ternampak sorang dua student senior lain yang duduk tegak mengadap skrin komputer sambil khusyuk bermain game....WOW...best giler!!...game ala2 perang gitueew..lepakzzzz!! santaizzz...takpe la..nasib la..bukan student aku...tapi dia dah 3rd year...erm..pandai2 la nak idup..

Aku lantas turun ke bawah dan gerak ke kereta ku..erm.."baik aku balik je....!"

No comments:

Post a Comment